ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT DATANG
klik untuk memilih pakaian wanita

PERHATIAN

BLOG INI DALAM PROSES MENGEMASKINI.
SILA KOMEN UNTUK MENJADIKAN BLOG INI LEBIH BAIK.

JANGAN LUPA, SAMPAIKAN BLOG INI KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA

sila klik untuk dapatkan henfon percuma >>sini<<

klik sini untuk download e-book

Nak duit tanpa modal.. klik >>sini<<

disini >>buat 5 angka<<

Tuesday, October 20, 2009

Imbas Kembali : Gambar Peristiwa Objek Di Langit



Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.

Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan.

Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.


Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.

Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.

Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah.

Apa pendapat korang?

dipetik dari : http://gambarhantu.blogspot.com/search/label/objek%20di%20langit

Sunday, October 18, 2009

Adab Berjihad (PSI TINGKATAN 5)

 ADAB BERJIHAD


PENGERTIAN JIHAD

BAHASA  :  USAHA BERSUNGGUH DGN KEMAMPUAN YANG  
                 ADA.

ISTILAH   :  USAHA YANG DILAKUKAN DGN SELURUH 
                  KEMAMPUAN UTK MENEGAKKAN ISLAM DAN 
                  KEREDHAAN ALLAH. 

DALIL PENSYARIATANNYA : 


Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman :


(Sesunguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang mema`murkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang- orang yang berjaya.





Contoh Berjihad
1) FISABILILLAH
2) MENINGKATKAN EKONOM
3) MEMBANGUNKAN NEGARA
4) MELAKUKAN KEBAIKAN
5) MENUNTUT ILMU


Peringkat Jihad
1) MEMPERBAIKI DIRI
2) MELAWAN SYAITAN
3) MELAWAN KAFIR HARBI DAN MUNAFIK
4) HAPUSKAN KEZALIMAN


Adab Berjihad
1) IKHLAS
2) SANGGUP BERKORBAN
3) ISTIQAMAH DAN BERILTIZAM
4) PATUH ARAHAN DAN KERJASAMA


Cara Melahirkan Semangat Jihad
1) MELALUI ILMU
2) MEMBACA KISAH PEJUANG TERDAHULU
3) BANYAK MELAKUKAN IBADAH SUNAT
4) MEMBACA DAN MENGHAYATI AL-QURAN


Kelebihan Berjihad
1) DIMULIAKAN OLEH ALLAH
2) DIANGKAT DARJAT OLEH ALLAH
3) DIJANJIKAN SYURGA OLEH ALLAH

Saturday, October 17, 2009

Bahaya botol air dalam kereta

Peringatan Untuk Muslimah:

  Assalamualaikum.para muslimah, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia ...

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman muslimah atau anak perempuan mengetahui ini semua.



Selalu lah berdoa agar sihat wal-afiat.. Amin.


diambil : http://www.gempak.org/portal/forum/viewthread.php?thread_id=4450&rowstart=0

Thursday, October 8, 2009

Adab - Adab Pergaulan

Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela.

        Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.

        Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka diamlah secepat mungkin.

        Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.

        Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang. Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu, ucapkanlah isi hatimu dengan baik.


Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali

Saturday, October 3, 2009

Adab-Adab Dalam Majlis

1) Memberi salam ketika masuk majlis

2) Duduk diruang yang masih ada, jika ada rang antara dua orang hendaklah meminta izin terlebih dahulu sebelm duduk antara keduanya.

3) Tidak boleh memaksa orang lain bangun dan kita mengambil alih tempatnya.

4) Sekiranya seseorang keluar meninggalkan majlis  kerana satu urusan kemudian dia kembali semula. Maka, dia lebih berhak duduk di tempat yang ditinggalkannya tadi.

5) Sekiranya majlis itu dibuat dalam satu halaqah (bulatan) maka kita dilarang duduk ditengah-tengahnya.

6) Perkara yang perlu dipelihara ketika berada dalam majlis ilmu ialah:
    a) Duduk dengan tenang dan sopan.
    b) Tidak bermain-main dengan janggut atau cincin yang dipakai.
    c) Tidak mencungkil gigi atau mengorek hidung tanpa sebab.
    d) Tidak sering bersin dan menguap.
    e) Tidak banyak bergerak ata bermain dengan jari-jemari.
    f) Tidak bersandar atau tidur.

7) Sekiranya ingin bercakap, hendaklah bercakap dengan teratur dan bersopan serta elakkan daripada manusia 'ujub dengan kelebihan yang ada pada diri.

8) Sekiranya orang lain bercakap, hendaklah kita mendengar dengan tekun dan teliti. Jangan menampakkan tanda kehairanan terhadappendapat yang dikemukakan.

Bacaan dari Abdur Rahman Sudais [update]

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template